(^_^)

Friday, December 16, 2011

* Doa Dhuha *

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu". 
”Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” 

Monday, December 12, 2011

^aku akan jadi bini orang...^

Perkahwinan??dalam umur awal 20-an ni..memang kategori 'layak' untuk mendirikan sebuah mahligai bersama insan tersayang. aku juga tidak terkecuali, melihatkan sahabat-sahabat semakin ramai menaikkan status ingin menamatkan zaman bujang..aku berkira-kira untuk melakukan perkara yang sama.dan pastinya anda yang membaca turut menginginkan sebuah keluarga sendiri. fitrah manusia ingin berkasih sayang..menyayangi dan disayangi..justeru tidak hairanlah perasaan anak muda seperti ini menginginkan seorang teman melayari bahtera kehidupan. namun cukupkah hanya dengan keinginan?? sudahkah kalian bersedia? apatah lagi di usia muda dan masih menuntut di institusi pengajian..?? padaku, tidak kiralah kalian telah bekerja, mahupun masih belajar ataupun mengganggur.. persediaan kalian untuk menjadi seorang isteri/suami adalah sangat penting dalam melestarikan impian indah itu. seandainya kalian masih;-
  • Bangun solat subuh pun lambat
  • cuci kain pun bertangguh-tangguh
  • bila hari cuti,tengahari baru nak celik
  • basuh pinggan/cawan lepas makan pun malas(sampai berkulat mug/bekas megi tu)
  • almari pun tunggang langgang(dari luar cantik je,bile bukak...terabur..!!)
  • boros berbelanja(xreti menabung)
  • mengadap cermin sampai 2 jam
  • sapu sampah kat bilik hostel sebulan sekali (habuk/sawang kipas lagi xpenah buang)
  • gosok baju bile nak pegi kelas je (mcm lipas kudung..sebab bangun lambat)
  • byk lagi...tapi cukuplah...(makan dalam jer walaupun sendiri tulis)
ape rasionalnya korang nak berumah tangga kalau diri sendiri pun xterurus lagi..Allah tu adil..tiada yang tersembunyi dari penglihatan dan pendengaranNya. jadi Allah pun xnak la bakal suami/isteri korang teraniaya dek kurangnya keprihatinan korang terhadap perkara-perkara asas diatas.
jadi sebelum korang berkira-kira nak tamatkan zaman bujang tu...muhasabah la diri korang agar bila sudah berumahtangga nanti, tak la terkena KEJUTAN BUDAYA bila nak;-
  • bangun awal (bleh ajak pasangan solat malam), buat sarapan sama2...(jangan berangan nak tido lepas SUBUH)
  • sebelum pegi keje, sempat sidai kain (sambil buat sarapan, boleh cuci kain..kan pakai mesin jer)
  • bila hari cuti, masak sarapan special sikit utk suami, joging sama2 kat taman(gaya hidup sihat)
  • cuci pinggan mangkuk(sampai dapur pun berkilat)
  • kemas baju suami/isteri anak2... (sedap mata memandang..suami pun makin saaayaaangggg)
  • simpan duit untuk masa depan (nanti dah beranak pinak,nak sekolahkan anak)
  • xpayah 2 jam mekap..cukup la natural beauty tu..yang penting bersih..kemas dan wangi
  • kalau bukan korang yang menyapu,bermakna berhabuk la rumah/istana korang..(banyak bakteria/kuman tau)
  • gosok baju keje suami,baju skolah anak2, baju keje korang lagi..kalau malas...memang IRON tu melekat kat pipi korang laa ^_^
akhir kata..setiap perbuatan yang baik itu ada nilai disisi Allah..nak bina sebuah keluarga ISLAM pun merupakan sunnah Rasullullah saw..jangan pernah serik mengadu padaNya kerana Dialah sebaik-baik pendengar..dan kita berusahalah untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam..dan hari esok lebih baik daripada hari ini..sama-sama kita ISTIGHFAR atas segala kelalaian dan kelekaan hari ini..moga tidak berulang kesilapan itu pada hari esok dan seterusnya..

Sunday, December 11, 2011

....tanpaMu...

Siapalah kita tanpa pencipta...
memetik kata-kata seorang tokoh pendidik, dakwah dan politik di Malaysia, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, "Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang kita gunakan. Allah itu jugalah yang buat bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, tujuannya untuk berkenalan-kenalan antara satu sama lain bukannya untuk bermegah-megah dengan darah keturunan kita..."
Allah menciptakan manusia daripada pelbagai jenis suku dan bangsa di seluruh dunia. Namun titik permulaan kejadian manusia bermula dari seorang iaitu, Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa yang akhirnya kini manusia berada di seluruh pelusuk dunia. 
masihkah kita sedar bahawa segala yang kita kecapi pada hari ini adalah hak milik mutlak Allah swt. kiralah berapa banyak nikmatNya dan sikitnya kita bersyukur selama berpijak dan menumpang di muka bumi Allah ini..Allahurabbi..moga hidayahMu sentiasa mengiringi perjalanan kehidupanku, hambaMu yang lemah lagi serba kekurangan...
Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung