(^_^)

Monday, December 12, 2011

^aku akan jadi bini orang...^

Perkahwinan??dalam umur awal 20-an ni..memang kategori 'layak' untuk mendirikan sebuah mahligai bersama insan tersayang. aku juga tidak terkecuali, melihatkan sahabat-sahabat semakin ramai menaikkan status ingin menamatkan zaman bujang..aku berkira-kira untuk melakukan perkara yang sama.dan pastinya anda yang membaca turut menginginkan sebuah keluarga sendiri. fitrah manusia ingin berkasih sayang..menyayangi dan disayangi..justeru tidak hairanlah perasaan anak muda seperti ini menginginkan seorang teman melayari bahtera kehidupan. namun cukupkah hanya dengan keinginan?? sudahkah kalian bersedia? apatah lagi di usia muda dan masih menuntut di institusi pengajian..?? padaku, tidak kiralah kalian telah bekerja, mahupun masih belajar ataupun mengganggur.. persediaan kalian untuk menjadi seorang isteri/suami adalah sangat penting dalam melestarikan impian indah itu. seandainya kalian masih;-
  • Bangun solat subuh pun lambat
  • cuci kain pun bertangguh-tangguh
  • bila hari cuti,tengahari baru nak celik
  • basuh pinggan/cawan lepas makan pun malas(sampai berkulat mug/bekas megi tu)
  • almari pun tunggang langgang(dari luar cantik je,bile bukak...terabur..!!)
  • boros berbelanja(xreti menabung)
  • mengadap cermin sampai 2 jam
  • sapu sampah kat bilik hostel sebulan sekali (habuk/sawang kipas lagi xpenah buang)
  • gosok baju bile nak pegi kelas je (mcm lipas kudung..sebab bangun lambat)
  • byk lagi...tapi cukuplah...(makan dalam jer walaupun sendiri tulis)
ape rasionalnya korang nak berumah tangga kalau diri sendiri pun xterurus lagi..Allah tu adil..tiada yang tersembunyi dari penglihatan dan pendengaranNya. jadi Allah pun xnak la bakal suami/isteri korang teraniaya dek kurangnya keprihatinan korang terhadap perkara-perkara asas diatas.
jadi sebelum korang berkira-kira nak tamatkan zaman bujang tu...muhasabah la diri korang agar bila sudah berumahtangga nanti, tak la terkena KEJUTAN BUDAYA bila nak;-
  • bangun awal (bleh ajak pasangan solat malam), buat sarapan sama2...(jangan berangan nak tido lepas SUBUH)
  • sebelum pegi keje, sempat sidai kain (sambil buat sarapan, boleh cuci kain..kan pakai mesin jer)
  • bila hari cuti, masak sarapan special sikit utk suami, joging sama2 kat taman(gaya hidup sihat)
  • cuci pinggan mangkuk(sampai dapur pun berkilat)
  • kemas baju suami/isteri anak2... (sedap mata memandang..suami pun makin saaayaaangggg)
  • simpan duit untuk masa depan (nanti dah beranak pinak,nak sekolahkan anak)
  • xpayah 2 jam mekap..cukup la natural beauty tu..yang penting bersih..kemas dan wangi
  • kalau bukan korang yang menyapu,bermakna berhabuk la rumah/istana korang..(banyak bakteria/kuman tau)
  • gosok baju keje suami,baju skolah anak2, baju keje korang lagi..kalau malas...memang IRON tu melekat kat pipi korang laa ^_^
akhir kata..setiap perbuatan yang baik itu ada nilai disisi Allah..nak bina sebuah keluarga ISLAM pun merupakan sunnah Rasullullah saw..jangan pernah serik mengadu padaNya kerana Dialah sebaik-baik pendengar..dan kita berusahalah untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam..dan hari esok lebih baik daripada hari ini..sama-sama kita ISTIGHFAR atas segala kelalaian dan kelekaan hari ini..moga tidak berulang kesilapan itu pada hari esok dan seterusnya..

1 comment:

  1. Huhu..bnyak persediaan yg kne wat,,dri aspek fizikal n mental..

    ReplyDelete